Posts

10 Cara Membersihkan Wajah Dengan Betul

Image
Membersihkan muka nampak seperti proses yang ringan dan remeh. Walaubagaimanapun, dalam penjagaan muka ia adalah salah satu fasa yang penting. Jadi, pada hari ini - kami akan kongsikan 10 cara membersihkan wajah dengan betul. Cuba anda semak dan nilai cara pembersihan muka anda :) 1. Mencuci Tangan Dengan Pencuci Anti Bakteria Terlebih Dahulu Sebelum tangan anda menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih dan bebas daripada bakteria dan kuman. Pastikan tangan anda bersih dengan mencuci tangan dengan sabun atau sabun anti bakteria sebelum mencuci muka, melainkan anda menggunakan span atau berus elektrik khas untuk mencuci muka 😊

2. Menghilangkan Solekan Sebelum Menggunakan Pencuci MukaMencuci atau menghilangkan solekan adalah sangat berbeza dengan mencuci muka. Solekan perlu dihilangkan / dinyahkan terlebih dahulu sebelum anda mencuci muka. Kerana kadang-kadang, solekan masih ada dan melekat di muka anda walaupun anda telah mencuci muka. 3. Pengunaan Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kuli…

Kursus Spa Termurah di Malaysia

Image
PEMBABITAN AWAL
Ini gambar lama,
gambar lama yang mengubah kehidupan saya sejak 2 tahun yang lalu.
Inilah gambar saya tika mana pertama kali menghadiri training bagi projek The Walking Beauty sekitar bulan Mei tahun 2015.

Bermula saat ini,
saya mula membina spa bergerak tanpa kedai saya dengan modal yang tak sampai RM1000 pun dan dalam masa beberapa bulan ia mampu memberi semula modal yang saya gunakan. Dengan ilmu facial dan urutan wajah yang saya ada waktu - saya mampu dan boleh menjana pendapatan sebanyak RM45 dalam masa 1 jam.

1 jam ye sahabat semua.
Baiklah, katakan kita tolak kos barang mungkin untung bersih sekitar RM 25 / sejam.
Kalau 2 jam? RM 50 dan seterusnya. Kos diatas tidak termasuk dengan kos pengangkutan yang akan dibayar oleh pelanggan sendiri.


NAMPAK PELUANG
Semakin hari, saya semakin jelas dan nampak peluang yang ada di bawah projek TWB ini, dan mengambil keputusan dengan inisiatif sendiri untuk menyambung pembelajaran di dalam Sijil Kemahiran Malaysia di Giatmara dalam bi…

Pakej Kursus Spa Bergerak TWB (2017)

Image
Assalammualaikum, salam sejahtera untuk wanita cantik didunia.
Alhamdulillah, bulan Ogos 2017 sudah menjengah! Bulan baru, buku baru, semangat baru 😘
Dan sekali dengan kedatangan bulan baru ni. Projek Spa Bergerak dibawah THE WALKING BEAUTY PROJECT juga telah diberikan nafas baru dan penambahbaikan yang sangat-sangat best !!
Kalau sebelum ini, pelbagai pakej yang ditawarkan seperti pengasingan MOBILE SPA dan SELF SPA & BEAUTY PLUS tapi kali ini pakej terbaru yang ditawarkan meliputi keduanya dan lebih terbaik untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan spa diatas nama sendiri dengan modal yang mampu milik dan boleh dikatakan sangat rendah !
Iya, SANGAT RENDAH !
4 DALAM 1 Kemahiran terapi kecantikan akan diajarkan secara teori dan praktikal kepada anda, ia meliputi 4 jenis kemahiran spa iaitu ---
1) Rawatan wajah termasuk kaedah pengewapan, masker, scrub, urutan  2) Rawatan badan - scrub  3) Rawatan badan - mandian 4) Rawatan badan - sauna
Dan yang paling istimewa ialah ilmu dan alatan untuk m…

Kenali Warna Kulit Anda

Image
Assalammualaikum & Salam SejahteraSemoga anda dalam keadaan sihat dan sejahtera walau dimanapun anda berada. Untuk entri kali ini, kita akan kenali warna kulit diri sendiri.
Ambil cermin sekarang,  dan teruskan membaca :)

Terdapat empat jenis warna kulit yang rata-rata dimiliki oleh wanita Asia.  - Sawo Matang - Kuning Langsat - Putih Gading - Hitam Manis

Setiap jenis warna kulit itu melambangkan kecantikan yang terpulang kepada definisi seseorang. Be proud with your color gorgeous !
Jom kita tengok ciri-ciri setiap warna kulit dan info tambahan berkenannya.
Sawo Matang Beige / Warm Undertones

Antara mereka yang tergolong di dalam golongan sawo matang memiliki jenis kulit yang agak gelap daripada Kuning Langsat dan Putih Gading. Warnanya manis sahaja. Selalu dimiliki oleh wanita Asia. Contohnya adalah Nabila Huda.


Kuning Langsat Natural Undertones/Coklat Terang

Mereka yang berwarna kuning langsat ini warna kulitnya agak putih tetapi lebih kepada kekuningan. Tone warna kulit ini berada di tengah t…

10 Cara Pilih Bedak Asas yang Sesuai

Image
Cara Pilih Bedak Asas


Bedak asas yang tepat akan menyempurnakan solekan seterusnya menyerlahkan kecantikan semula. Jom kenali jenis cara tepat memilih produk ini.

Bagi anda yang mahukan menjimatkan masa dan wang, bedak asas dua dalam satu adalah pilihan yang tepat. Bedak asas ini mudah diaplikasikan dan menutup kekurangan pada wajah dengan baik. Ia sering menjadi pilihan pelajar dan wanita berkerjaya yang mahu menjimatkan masa bersolek.

Pilih warna bedak asas yang hampir atau sesuai dengan ton kulit anda. Untuk mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak, sapukan pada kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit, ertinya anda memilih warna yang betul.Jangan memilih bedak asas yang terlalu cerah kerana akan membuatkan anda kelihatan seperti patung dan solekan tidak tampak semula jadi.Ketika memilih bedak asas, sapukan pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Kulit wajah berbeza dengan kulit tangan.Untuk sapuan yang sempurna, gunakan span atau hujung jari.Jika anda berkulit kering, campurkan…

7 Tips Menutup Cela pada Wajah

Image
Assalammualaikum,
salam sejahtera dan salam ramadhan. Kami harap semua pembaca dan follower dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Baiklah,
dalam entri lepas kami dah share kan cadangan jenama make up yang terbaik dan halal. Hari ni pulak, kita kongsi lagi tentang tips nak tutup cela pada wajah dengan betul.
Sekarang ni dah ada macam2 teknologi dan jenis produk yg ada untuk buat kita flawless, glowing dan cantik anggun berseri.
Cumanya, jangan sampai kita gunakannya sampai mendapat hasil yg sebaliknya. Jadi, jom cakna. Macam mana nak tutup cela pada muka terutamanya.



1. Ratakan dahulu wajah dengan bedak asas dengan sekata.


2. Sapukan foundation di sekeliling mata untuk menutupi lingkaran gelap bawah mata.


3. Sapukan foundation secara nipis dan kemas agar kulit nampak sekata.  Pastikan sapuan tu tak bercapuk atau nampak bertompok-tompok ye.





4. Gunakan hujung jari dan ratakan dengan lembut.Sebaiknya ratakan foundation tu guna jari manis sebab tekanan tak terlalu kuat. Jangan guna ibu jari plak :)

5. Pili…

5 Jenama Make Up Halal Yang Terbaik

Image
Assalammualaikum,
Ramadhan Kareem buat semua.

Sekejap je masa berlalu kan,
dah nak masuk seminggu kita berpuasa, pejam celik, pejam celik.
mak - mak pasti dah sibuk buat persiapan raya, persiapan bajunya, rumahnya.
Dan jangan lupa tau persiapan kesihatan dan kecantikan kulit sekali.

Gincu baru ? Bedak baru ?
Siap dah ?

Hari ni kami di Syakila Beauty Sanctuary nak kongsikan tentang ;
5 JENAMA MAKE UP HALAL YANG TERBAIK 



1) SIMPLY SITI
http://simplysiti.com.my/shop/

















Negara asal - Malaysia
Pengasas Simply Siti adalah Dato 'Siti Nurhaliza, salah seorang selebriti yang terkenal di Malaysia. Selain kerjaya nyanyiannya, Dato Siti juga memiliki syarikat produksi sendiri, jenama teh sendiri, CTEA, dan yang terbaru pada tahun 2010, beliau telah memperkenalkan barisan kosmetik beliau sendiri, yang dinamakan Simply Siti.

Kesemua produk Siti disahkan halal, dan telah menjalani ujian yang ketat sebelum dipasarkan.


2) FARMASI
http://www.farmasi.com.tr/en/
Negara asal: Turki
Farmasi adalah salah satu jenama kosm…