10 Cara Pilih Bedak Asas yang Sesuai



Cara Pilih Bedak Asas


Bedak asas yang tepat akan menyempurnakan solekan seterusnya menyerlahkan kecantikan semula. Jom kenali jenis cara tepat memilih produk ini.

Bagi anda yang mahukan menjimatkan masa dan wang, bedak asas dua dalam satu adalah pilihan yang tepat. Bedak asas ini mudah diaplikasikan dan menutup kekurangan pada wajah dengan baik. Ia sering menjadi pilihan pelajar dan wanita berkerjaya yang mahu menjimatkan masa bersolek.

  1. Pilih warna bedak asas yang hampir atau sesuai dengan ton kulit anda. Untuk mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak, sapukan pada kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit, ertinya anda memilih warna yang betul.
  2. Jangan memilih bedak asas yang terlalu cerah kerana akan membuatkan anda kelihatan seperti patung dan solekan tidak tampak semula jadi.
  3. Ketika memilih bedak asas, sapukan pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Kulit wajah berbeza dengan kulit tangan.
  4. Untuk sapuan yang sempurna, gunakan span atau hujung jari.
  5. Jika anda berkulit kering, campurkan bedak asas dengan sedikit pelembap dan gaul sebati sebelum menyapu pada wajah.
  6. Ada yang memakai bedak asas berlebihan kononnya untuk menutup cela pada wajah dengan lebih baik. Cara ini salah sama sekali dan hasilnya solekan tampak tidak natural.
  7. Sekiranya bedak asas tidak sekata, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.
  8. Anda juga boleh menggunakan berus untuk menyapu bedak asas pada wajah.
  9. Pilih berus yang diperbuat daripada bahan sintetik agar tidak menyerap bedak. Gunakan berus yang nipis di bahagian hujung agar bedak asas mudah disapu pada wajah.
  10. Sapukan bedak secara gerakan sehala agar sapuan lebih rata dan licin. Sapuan bedak dilakukan mengikut liang roma. Jangan melawan liang roma kerana ia membuatkan pori-pori tersumbat dan bedak menjadi tidak sekata.

Rujukan : Keluarga
----------------------------------------------------

Anda berminat untuk belajar facial treatment secara percuma ?
Dan membuka perniagaan spa tanpa kedai anda sendiri ?

Jangan lepaskan peluang untuk join The Walking Beauty Project kami.

Puan Nadia Syakila
Founder of Syakila Beauty Sanctuary
Facebook : Tips Spa dari Rumah 
+60132558600 (sms/whatsapp)

Comments

  1. Terima kasih share tips cara memilih bedak Asas... ini sangat bermanfaat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

5 Jenama Make Up Halal Yang Terbaik

Kenali Warna Kulit Anda

Kursus Spa Termurah di Malaysia