7 Kesilapan Yang Selalu Kita Fikirkan Tentang Rawatan Wajah



Assalammualaikum,
Salam sejahtera semua..

Hari ni mari kita berkongsi mengenai mitos tentang rawatan wajah.
Sebenarnya, merawat kulit muka bukanlah sesuatu perkara yang rumit. 
Ianya sangat simple jika kita tahu cara dan tekniknya.

Hari ini, mari kita baca dahulu beberapa kesilapan yang sering kita fikirkan mengenai rawatan kulit wajah.


1. Rawatan kulit wajah hanya penting selepas usia 30 tahun

>> Sebenarnya kita sudah boleh melakukan proses pembersihan kulit wajah seawal usia 18 tahun lagi. Ini kerana, proses membersihkan muka adalah bertujuan untuk membersihkan kotoran di permukaan kulit. Ia juga berfungsi untuk melancarkan peredaran darah melalui proses "massage" yang kita lakukan. Tambahan pula, dalam keadaan dunia kita sekarang yang penuh dengan pencemaran, maka proses membersihkan wajah menjadi sangat penting dalam memastikan kulit wajah sentiasa bersih dan segar.

Jadi sangat penting untuk anda memilih produk yang sesuai dgn wajah anda ok??
Antara saranan kami ialah menggunakan produk semulajadi yang selamat dan berkesan serta bebas dari bahan kimia !

Antara rangkaian produk yang semulajadi dan selamat untuk digunakan :










2. Aloe vera baik untuk kulit

>> Benar, aloe vera atau lidah buaya memiliki beberapa fungsi yang bukan hanya baik untuk kulit tetapi juga rambut. Apa yang perlu anda ketahui, menggunakan aloe vera asli atau yang belum diproses pada wajah bukan merupakan pilihan yang tepat.


Bahkan, penggunaan produk berasaskan aloe vera sama ada sebagai pelembap, pembersih wajah dan krim malam juga tidak bermakna kulit anda akan sentiasa cantik dan sihat. Mungkin juga produk tersebut tidak bersesuaian dengan kulit anda dalam memberikan hasil yang diingini.


Oleh itu berhati-hatilah dalam memilih produk yang mengandungi aloe vera di dalamnya. Pastikan anda mendapat saranan pakar terlebih dahulu atau pakar kulit bagi memastikan produk berasaskan aloe vera ini sesuai dengan kulit anda.



3. Melakukan ''waxing'' akan mengurangkan bulu pada wajah dan tubuh

>> Bukan hal yang mustahil untuk menghilangkan bulu pada wajah dan rambut sekiranya anda mencabut hingga ke akarnya. Namun tidak dengan ''waxing''. Melakukan ''waxing'' hanya membersihkan bulu pada permukaan dan hanya bersifat sementara. Selain itu, rawatan ini juga akan menyebabkan pertumbuhan bulu yang baru.




4. Produk guna bahan semula jadi baik untuk kulit

>> AWAS!! Perkataan semula jadi tidak semestinya ia selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada kulit. Ada beberapa herba yang berbahaya dan mengandungi racun yang boleh memberi kesan buruk pada kulit. Justeru, sebelum menggunakan bahan-bahan tersebut, periksa terlebih dahulu sama ada ia sesuai dengan kulit anda atau tidak, dan yang penting..bagaimana proses pembuatannya, kualiti dan jenis bahan yang digunakan.



5. Stim baik untuk semua jenis kulit

>> Melakukan rawatan stim untuk menghilangkan bintik hitam dan bintik putih dapat memberikan hasil yang baik, dengan syarat, ia tidak dilakukan lebih dari satu atau dua minit. Suhu tinggi yang digunakan ketika rawatan boleh menyebabkan kandungan kolagen dan elastin hancur. Malah, ia turut membuka pori-pori yang tidak diperlukan. Selain itu, bukan semua jenis kulit sesuai untuk rawatan stim. Ada jenis kulit yang tidak disarankan untuk melakukan rawatan ini.

Rawatan stim muka di rumah



6. Rawatan pemutihan akan buat kulit putih


>> Warna kulit ditentukan oleh jumlah melanin pada tubuh anda dan bukan melalui rawatan pemutihan atau bleaching. Rawatan ini hanya membantu mencerahkan dan memiliki warna yang serasi dengan ton kulit anda sahaja.

Jadi jangan tertipu jika ada produk yang boleh menawarkan anda "putih dalam masa sekian2", kerana ia mungkin mengandungi bahan yang berbahaya seperti merkuri untuk memutihkan kulit wajah anda.





7. Penggunaan buah dan sayuran tidak mendatangkan kesan negatif

>> Buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lemon, timun, tomato, dan bawang merupakan bahan yang sering digunakan. Meskipun ia dapat membantu kulit wajah, namun tidak sepenuhnya. Misalnya menggunakan timun untuk mengatasi masalah lebam bawah mata mungkin akan memberikan hasil yang efektif pada sesetengah orang tetapi mungkin tidak kepada mereka yang mengalami masalah tersebut disebabkan oleh perubahan hormon dalam badan. Justeru, lebih baik andai kita mengetahui terlebih dahulu penyebab utama masalah kulit.

Menggunakan sayuran dan buah-buahan juga boleh menyebabkan punca berlakunya iritasi atau alergi. Sebaliknya, fungsi buah-buahan adalah membantu menyediakan nutrisi yang diperlukan tubuh seperti vitamin, mineral sekali gus membantu meningkatkan kesihatan kulit.

------------------------------------------------------------------

Macam mana?
Ada ilmu baru?
Semoga info2 sebegini dapat membantu para pembaca Syakila B Sanctuary.
Dari masa ke semasa, pasti lebih banyak info akan di sharekan disini,
stayyyy tune !

------------------------------------------------------------------

Puan Nadia Syakila
Founder of Syakila Beauty Sanctuary
Facebook : Natural Home / Mobile Spa 
+60132558600 (sms/whatsapp)

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Warna Kulit Anda

Kursus Spa Termurah di Malaysia

10 Cara Membersihkan Wajah Dengan Betul