7 Tips Menutup Cela pada Wajah

Assalammualaikum,
salam sejahtera dan salam ramadhan.
Kami harap semua pembaca dan follower dalam keadaan sihat dan sejahtera.

Baiklah,
dalam entri lepas kami dah share kan cadangan jenama make up yang terbaik dan halal.
Hari ni pulak, kita kongsi lagi tentang tips nak tutup cela pada wajah dengan betul.

Sekarang ni dah ada macam2 teknologi dan jenis produk yg ada untuk buat kita flawless, glowing dan cantik anggun berseri.

Cumanya, jangan sampai kita gunakannya sampai mendapat hasil yg sebaliknya.
Jadi, jom cakna. Macam mana nak tutup cela pada muka terutamanya.




1. Ratakan dahulu wajah dengan bedak asas dengan sekata.


2. Sapukan foundation di sekeliling mata untuk menutupi lingkaran gelap bawah mata.


3. Sapukan foundation secara nipis dan kemas agar kulit nampak sekata. 
Pastikan sapuan tu tak bercapuk atau nampak bertompok-tompok ye.





4. Gunakan hujung jari dan ratakan dengan lembut.
Sebaiknya ratakan foundation tu guna jari manis sebab tekanan tak terlalu kuat. Jangan guna ibu jari plak :)


5. Pilih warna foundation yang bersesuian dengan kulit supaya kulit nampak lebih sekata dan cantik.





6. Elak guna foundation yang lebih cerah dari kulit.Kalau tak nanti muka tu nampak cam patung yang berhantu tu...nak tengok lama-lama pun menyeramkan !


7. Kembalikan seri wajah pada muka dengan menggunakan celak berwarna putih.

-----------------------------------------------------

Semoga entri kali ni bermanfaat.
Nanti kami akan sharekan pula bagaimana untuk memilih foundation / bedak asas dengan cara yang betul ok.

----------------------------------------------------

Anda berminat untuk belajar facial treatment secara percuma ?
Dan membuka perniagaan spa tanpa kedai anda sendiri ?

Jangan lepaskan peluang untuk join The Walking Beauty Project kami.

Puan Nadia Syakila
Founder of Syakila Beauty Sanctuary
Facebook : Natural Home / Mobile Spa 
+60132558600 (sms/whatsapp)

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Warna Kulit Anda

Kursus Spa Bergerak Termurah di Malaysia 2017

Kursus Spa Termurah di Malaysia