10 Cara Membersihkan Wajah Dengan Betul

 
Membersihkan muka nampak seperti proses yang ringan dan remeh.
Walaubagaimanapun, dalam penjagaan muka ia adalah salah satu fasa yang penting.
 
Jadi, pada hari ini - kami akan kongsikan 10 cara membersihkan wajah dengan betul.
Cuba anda semak dan nilai cara pembersihan muka anda :)
 
1. Mencuci Tangan Dengan Pencuci Anti Bakteria Terlebih Dahulu
Sebelum tangan anda menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih dan bebas daripada bakteria dan kuman. Pastikan tangan anda bersih dengan mencuci tangan dengan sabun atau sabun anti bakteria sebelum mencuci muka, melainkan anda menggunakan span atau berus elektrik khas untuk mencuci muka 😊

2. Menghilangkan Solekan Sebelum Menggunakan Pencuci MukaMencuci atau menghilangkan solekan adalah sangat berbeza dengan mencuci muka.
Solekan perlu dihilangkan / dinyahkan terlebih dahulu sebelum anda mencuci muka.
Kerana kadang-kadang, solekan masih ada dan melekat di muka anda walaupun anda telah mencuci muka.
 
3. Pengunaan Pencuci Muka Yang Sesuai Dengan Jenis Kulit Muka
Ini adalah langkah yang paling penting dan asas dalam proses membersihkan muka,
pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka akan memberikan kesan yang sangat positif sekaligus dapat menyelesaikan masalah-masalah pada kulit muka.

 
Ketahui jenis kulit muka anda dan dapatkan pencuci yang sesuai untuknya,
Sekiranya kulit muka anda berminyak -- pilih pencuci muka yang berelemen Tanah Liat, Tomato atau Timun untuk menyerap minyak. Manakala untuk muka kering, pilih pencuci yang mengandungin Vitamin E untuk mengekalkan dan mengimbangi kelembapan muka anda.

4. Menggunakan Skrub Muka Dua Kali Seminggu
Fungsi utama skrub dalam penjagaan muka adalah untuk menanggalkan kulit mati. Ini berlaku adalah kerana sel-sel kulit kita sentiasa diperbaharui dan sel - sel yang mati perlu di nyahkan.
 
Pilihan skrub juga bergantung kepada tekstur kulit muka. Elakkan skrub yang terlalu kasar untuk muka yang mempunyai jerawat yang banyak.
 
Skrub juga boleh dibuat secara semulajadi menggunakan kopi, bunga dan macam - macam lagi.

5. Menggunakan Air Dengan Suhu Sederhana
Menggunakan air dengan suhu sederhana, tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.
Air paip biasa sahaja sudah memadai. Suhu yang terlalu panas boleh memeritkan muka dan membuka liang roma lebih besar dan manakala suhu yang terlalu sejuk boleh mengecutkan dan menutup liang roma kulit muka.

6. Mencuci Muka Perlahan-lahan dan Lembut
Muka adalah mahkota kita, belailah ia dengan kelembutan.

Membersihkan muka dengan perlahan-lahan dan boleh mengamalkan teknik - teknik mudah urutan muka bagi menaikkan otot - otot muka.

7. Fokuskan Pada Zon T Muka
Zon T merangkumi bahagian dahi, pipi dan dagu. Zon T adalah kawasan paling berpotensi untuk pertumbuhan jerawat kerana minyak paling banyak di bahagian ini. Jadi, lebihkan perhatian perhatian pada Zon T semasa mencuci muka agar dapat menghilangkan sisa minyak berlebihan. Dalam erti kata lain, sental kuat sikit dan tumpukan lebih banyak masa pada kawan itu.


8. Keringkan Muka Dengan Secara Semula Jadi
Setelah mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri. Biarkan segala lembapan dan nutrisi masuk ke dalam kulit muka. Seterusnya boleh letakkan toner atapun pelembap di muka agar lebih lembut, lembap.

9. Masker Muka
Banyak pilihan masker muka di pasaran. Kalau risau dengan bahan kimianya - buat sahaja masker semulajadi sendiri. Masker telur, timun, tomato dan macam-macam lagi.


Masker membantu dalam mengekalkan kelembapan dan melicinkan wajah.
Dan dalam masa yang sama memberikan kesegaran kepada kulit wajah.

10. Membersihkan Muka Sekadarnya
Tidak terlalu kerap, tidak terlalu sedikit bilangannya.
Seeloknya 2-3 kali sehari.

-----------------------------------------

Selamat beramal.
Dan semoga ia memberi manfaat kepada anda semua.

----------------------------------------

LIKE FB - PROJEK SPA BERGERAK

Comments

Popular posts from this blog

Kenali Warna Kulit Anda

Kursus Spa Bergerak Termurah di Malaysia 2017

Kursus Spa Termurah di Malaysia